Isnin, 6 Oktober 2008

RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Semua Rakyat Malaysia seharusnya menghayati akan Rukun Negara ini yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang Dipertuan Agung ke empat.
Tidak mengira bangsa dan agama, mereka seharusnya mengingati dan menghayati akan maksud Rukun Negara itu.

Nescaya bila kita menghayati Rukun Negara ini, Malaysia akan aman dan damai.
Tiada lagi bersengketa sesama sendiri.

Apa yang saya lihat sekarang, pelajar-pelajar kita sudah lupa akan Rukun Negara ini. Dahulu setiap buku tulis akan dicetak Rukun Negara di belakang buku tersebut. Pada hari ini sudah tiada lagi tercetak Rukun Negara.

Diharapkan media-media cetak dan elektronik mempromosi kembali Rukun Negara ini untuk tatapan seluruh Rakyat Malaysia supaya mereka tidak akan lupa akan Rukun Negara yang selama ini menyatupadukan segenap lapisan masyarakat sejak kita Merdeka 51 tahun. Kita hidup dalam aman dan damai dan Allah telah melimpahkan rezeki yang banyak untuk kita hidup selesa.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur diatas pemberian Nya. Janganlah kita bersengketa lagi. Jika kita bersengketa lagi, maka musnahlah apa yang ada sekarang.





Ahad, 5 Oktober 2008

MALAYSIA BARU




Beginikah yang dikehendaki oleh Bangsa Melayu ? Bersentokol dengan bangsa lain yang ingin melihat negara Malaysia ini diperintah oleh mereka ini. Kepada pengikut-pengikut PKR dan PAS, sedarlah dari tidur. Kamu semua telah dijadikan kuda tunggangan bangsa ni untuk melihat Umat Melayu hilang kuasa di Tanah Air sendiri. Kemanakah nasib anak cucu kita nanti, kalau kuasa ekonomi dan kuasa politik dipegang oleh bangsa ini.